China Bantah Komen Tak Berasas

2019-12-11 14:14:01  CRI
Share with:

Tarikh 10 Disember merupakan Hari Hak Asasi Manusia Dunia.

Berhubung kritikan mengenai situasi hak asasi di China, jurucakap Kementerian Luar Hua Chunying menyatakan sesetengah negara langsung tidak peduli akan fakta dan membuat tuduhan tidak berasas.

Beliau berkata, China sentiasa mementingkan pembangunan hak asasi serta berpegang pada konsep hak asasi yang mengutamakan rakyat dan prinsip kesejagatan hak asasi.

Melalui usaha gigih, China telah menyelesaikan masalah makan pakai bagi 1.4 bilion rakyat, membantu 850 juta rakyat keluar daripada belenggu kemiskinan, menyediakan pekerjaan kepada 770 juta orang, selain jaminan asas buat 250 juta warga emas, 85 juta orang kurang upaya dan 60 juta orang berpendapatan rendah.

China berjaya membentuk sistem pendidikan, jaminan sosial, perubatan dan pemilihan yang berskala paling besar di dunia, satu fakta yang tidak boleh dinafikan.

Semua pihak harus terus menggalakkan kemajuan dan perlindungan hak asasi, mematuhi semangat Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, menghormati jalan pembangunan hak asasi yang dipilih negara masing-masing, serta mengelakkan pempolitikan dan dwistandard mengenai isu tersebut.

胡星