China Hargai Pendirian Kazakhstan

2019-12-11 14:37:42  CRI
Share with:

China amat menghargai kenyataan objektif dan adil yang dibuat Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev mengenai isu-isu berkaitan Xinjiang.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkata, ujaran Presiden Tokayev telah menyangkal tuduhan tidak berasas daripada sesetengah negara.

Tokayev baru-baru ini berkata, penduduk di Xinjiang ialah warga China. Maklumat yang disebarkan beberapa pertubuhan antarabangsa mengenai orang etnik Kazak adalah tidak benar, dan sengaja mengheboh-hebohkan isu kelompok itu.

Kazakhstan tahu ini sebahagian isu geopolitik yang timbul gara-gara pergeseran antara China dan Amerika Syarikat (AS). Namun, Kazakhstan tidak patut dijadikan sebahagian "barisan anti-China".

Tuduhan bahawa "kerajaan China akan mengumpulkan semua orang etnik Kazak di kem tumpuan" adalah tidak benar. Apa yang berlaku di Xinjiang merupakan urusan dalaman China. Menurut undang-undang antarabangsa dan perjanjian antara kedua-dua negara, Kazakhstan dan China tidak akan campur tangan dalam urusan domestik satu sama lain.

徐国玮