Gesa Hapus Diskriminasi Orang Islam di AS

2019-12-11 14:17:23  CRI
Share with:

Sebanyak 75% penduduk Islam di Amerika Syarikat (AS) menjadi mangsa diskriminasi masyarakat setempat.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam menyatakan dasar AS mengenai penduduk Islam dan hak asasi mereka telah mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Pada 7 Disember, Komandar Markas Indo-Pasifik tentera AS, Philip Davidson mengecam China mengenai isu Xinjiang, Laut China Selatan, harta intelek dan jaringan 5G.

Tiga hari kemudian, Duta Besar AS ke China, Terry Branstad pula membuat kenyataan yang menyentuh etnik minoriti di Xinjiang, dan menggesa China membaiki situasi hak asasi di dalam negeri.

Sehubungan itu, Hua berkata sesetengah pihak di AS seolah-olah terlupa bahawa negara mereka satu-satunya di dunia yang mengamalkan larangan menyasarkan komuniti Islam.

Sejak sekian lama, penganut Islam merupakan golongan yang paling didiskrimikasikan di AS. Menurut laporan Suruhanjaya Hubungan Islam AS pada April tahun lepas, jumlah persatuan anti-Islam di AS meningkat dua kali ganda sejak 2016.

胡星