Tokoh Turki Kecam Akta berkaitan Xinjiang

2019-12-12 13:54:38  CRI
Share with:

Tokoh politik, akademik dan media Turki telah mengecam Akta Dasar Hak Asasi Uygur 2019 yang diluluskan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. 

Mereka menyatakan, akta itu terang-terangan mencampuri hal ehwal dalaman China, serta memburuk-burukkan usaha China dalam membanteras keganasan dan ekstremisme.

Kehidupan penduduk Xinjiang telah bertambah baik hari demi hari. Fakta ini tidak boleh direndah-rendahkan.

Pengerusi Parti Vatan Turki, Dogu Perincek menyatakan beliau kerap kali melawat ke Xinjiang dan telah menyaksikan sendiri taraf hidup penduduk tempatan bertambah baik, selain usaha pemodenan yang membuahkan hasil cemerlang. 

Kejayaan China dalam perjuangan melindungi hak asasi, kepentingan etnik minoriti dan pewarisan budaya harus dipelajari negara-negara lain.

Profesor Hamit Ersoy dari Universiti Sabahhattin Zaim beranggapan bahawa tindakan AS itu bertujuan untuk mengekang pembangunan China, serta menjejaskan hubungan China dengan negara-negara Islam.

王瑾