Tak Layak Cakap tentang Hak Asasi, Moral

2019-12-12 14:24:10  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan Amerika Syarikat (AS) pada masa ini tidak layak untuk bercakap tentang hak asasi dan prinsip moral dengan China.

Baru-baru ini, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo sekali lagi mengkritik situasi hak asasi di China, menuduh berlakunya penindasan agama dan etnik minoriti serta pencabulan hak kebebasan rakyat.

Hua berkata, China memberi sumbangan besar kepada pembangunan hak asasi sedunia, dan inisitiafnya telah dipuji pelbagai negara. Sebaliknya, masalah berkaitan hak asasi seperti diskriminasi ras semakin menjadi-jadi di AS. 

AS mencampuri urusan dalaman pelbagai negara, mencetuskan pergolakan di Iraq, Syria dan Afghanistan, dan menyalahgunakan kuasa negara untuk menindas syarikat tertentu atas alasan keselamatan negara.

Sebuah negara yang mengamalkan unilateralisme dan dasar perlindungan, berkali-kali mungkir kontrak, dan merosakkan mekanisme multilateral antarabangsa tidak boleh dipercayai.

徐国玮