Jangan Elak Tanggungjawab Sendiri

2019-12-12 14:25:32  CRI
Share with:

China membantah keras tuduhan Amerika Syarikat (AS) mengenai isu perlucutan senjata nuklear yang bertujuan mengelakkan dan memindahkan tanggungjawab sendiri.

Jurucakap Kementerian Luar Hua Chunying dalam taklimat media semalam berkata, China telah berulang kali menyatakan tidak akan menyertai rundingan kawalan senjata tiga negara dengan AS dan Rusia. Pendirian ini amat jelas dan telah diterima oleh masyarakat antarabangsa termasuk Rusia. 

Sewaktu pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menyatakan dialog kawalan senjata perlu diperluas kepada China.

Hua berkata, sebagai pemilik kumpulan senjata nuklear yang paling besar dan paling maju di dunia, AS harus bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawabnya dalam perlucutan senjata.

AS juga perlu menyahut seruan Rusia untuk melanjutkan perjanjian strategik baharu yang menyasarkan pengurangan senjata bersifat ofensif, dan mencipta suasana yang sesuai untuk rundingan secara multilateral melibatkan negara pemilik senjata nuklear yang lain.

徐国玮