China Penyumbang Besar Usaha Hak Asasi

2019-12-12 14:32:55  CRI
Share with:

Forum Hak Asasi Manusia Selatan-Selatan 2019 diadakan di Beijing pada 10 hingga 11 Disember. 

Dalam satu temu bual eksklusif, ahli Suruhanjaya Penasihat Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang juga Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Kebangsaan Mauritius, Dheerujlall Baramlall Seetulsingh menyatakan China telah membuat sumbangan besar kepada perjuangan hak asasi sedunia, dan memberi bantuan yang cukup berharga kepada negara-negara membangun.

Katanya, China amat mementingkan usaha membasmi kemiskinan yang selaras dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030. China telah memperkenalkan teknologi pertanian serta membantu membina hospital dan memajukan hak asasi di negara-negara membangun termasuk di Afrika.

Dialog antara China dengan negara-negara membangun lain juga semakin kerap, membolehkan para peserta belajar antara satu sama lain.

胡星