Tahap Pemudahan Perdagangan Terus Meningkat

2019-12-12 14:25:44  CRI
Share with:

Indeks Pemudahan Perdagangan China merekodkan markah 76.93 mata pada tahun ini, naik 5.31% berbanding 2017.

Laporan terbaharu Pusat Penyelidikan Keselamatan dan Pemudahan Perdagangan Ruiku Beijing menunjukkan indeks berkenaan terus meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pelaksanaan standard baharu perdagangan antarabangsa pada 2017 serta strategi integrasi kastam dan pemeriksaan pada 2018 merupakan faktor yang membawa kemajuan besar kepada tahap pemudahan perdagangan di China.

Laporan Iklim Perniagaan 2020 yang diumumkan Bank Dunia (WB) baru-baru ini meletakkan China sebagai entiti ekonomi yang prestasinya meningkat paling ketara untuk dua tahun berturut-turut.

胡星