Tingkatkan Langkah Tangani Perubahan Iklim

2019-12-12 14:36:44  CRI
Share with:

Sesi ke-25 persidangan pihak pemeterai Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) sedang berlangsung di Madrid, Sepanyol.

Wakil pelbagai negara mengadakan perbincangan secara intensif mengenai isu-isu yang belum diselesaikan.

Ketua delegasi China, Zhao Yingmin semalam menyeru semua pihak berganding bahu untuk menangani masalah perubahan iklim dan memfokuskan fasa pelaksanaan langkah-langkah berkenaan.

Beliau menyatakan Persetujuan Paris bakal memasuki fasa pelaksanaan tahun depan. Masalah kekurangan sokongan kepada negara-negara membangun kini semakin ketara.

Negara-negara maju harus melipatgandakan usaha, bermula dengan sokongan kewangan sebanyak USD100 bilion (RM408 bilion) yang dijanjikan sebelum ini.

Sokongan berdasarkan dana awam perlu dipertingkat, begitu juga ketelusan dalam aspek kewangan.

Walaupun China masih menghadapi masalah dalam pembangunan, namun negara ini akan berusaha menunaikan komitmennya untuk menangani perubahan iklim.

胡星