Pemudahan Dagangan Bantu Bina Ekonomi Terbuka

2019-12-12 14:29:23  CRI
Share with:

Laporan Pemudahan Perdagangan China 2020 menunjukkan bahawa tahap pemudahan perdagangan di China terus-menerus meningkat walaupun peningkatan perdagangan global semakin perlahan.

Ini turut menyuntik kedinamikan kepada usaha membina ekonomi dunia yang terbuka.

Tahap pemudahan yang lebih tinggi banyak mengurangkan beban dan meningkatkan keefisienan syarikat asing, sekali gus membawa peluang baharu bagi pembangunan sektor perdagangan dan pertumbuhan ekonomi dunia.

Tatkala bangkitnya unilateralisme dan amalan perlindungan di dunia, perdagangan yang terus dipermudah di China kondusif kepada penambahbaikan iklim perniagaan.

China akan terus menggalakkan langkah-langkah pemudahan perdagangan serta pembangunan berkualiti perdagangan luar, agar membantu ekonomi dunia menangkis tekanan ke bawah dan memulihkan kedinamikannya.

胡星