Tindakan China dalam Isu Xinjiang Dipuji

2019-12-12 13:54:10  CRI
Share with:

Akta Dasar Hak Asasi Uygur 2019 yang diluluskan Kongres Amerika Syarikat (AS) dikatakan satu percubaan untuk mengeksploitasi isu hak asasi bagi mencetuskan konflik dalaman dan mengenakan tekanan politik terhadap China.

Bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Pengerusi Parlimen Thailand, Pokin Palakul menyatakan, kemajuan yang dicapai pelbagai etnik di China telah lama membuktikan tindakan-tindakan yang diambil kerajaan dalam isu berkaitan Xinjiang adalah betul.

Beliau menganggap, penempatan tentera AS di negara-negara sekitar China dilakukan dengan tujuan untuk mengepung China. 

Namun China tidak mahu mencetuskan perang dengan mana-mana negara kerana negara ini menjunjung prinsip hidup bersama secara damai, khususnya rakyat pelbagai etnik dapat hidup secara harmoni di negara sendiri.

王瑾