Parti Konservatif Menang Pilihan Raya

2019-12-13 13:26:14  CRI
Share with:

Menurut hasil tinjauan pasca undi yang diumumkan media Britain, Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson menang dalam pilihan raya semalam.

Parti Konservatif dijangka merebut 368 daripada 650 kerusi Dewan Rakyat manakala pembangkang, Parti Buruh memperoleh 191 kerusi. 

Akhbar The Independent menyatakan jika tinjauan berkenaan adalah tepat, ini kemenangan paling besar bagi Parti Konservatif selepas 1987.

Pengiraan undi sedang dijalankan, dan keputusan rasmi akan diumumkan hari ini.

覃淼