Kecewa Mekanisme Penyelesaian Sengketa Lumpuh

2019-12-13 11:57:16  CRI
Share with:

China menyuarakan rasa kecewa atas kelumpuhan mekanisme penyelesaian sengketa Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) selepas fungsi Badan Rayuan digantung.

Jurucakap Kementerian Perdagangan, Gao Feng semalam berkata, operasi secara normal mekanisme tersebut signifikan bagi memelihara kestabilan, kewibawaan dan keberkesanan sistem perdagangan multilateral serta tata tertib perdagangan dunia yang berdasarkan peraturan. 

Tambah beliau, China akan terus mempertahankan sistem perdagangan multilateral dan menggalakkan usaha untuk memulihkan operasi mekanisme tersebut.

覃淼