Usaha China di Xinjiang Diiktiraf

2019-12-13 11:36:41  CRI
Share with:

Forum Hak Asasi Manusia Selatan-Selatan 2019 diadakan di Beijing pada 10 hingga 11 Disember.
 
Acara bertemakan "kepelbagaian tamadun dan pembangunan hak asasi sedunia" itu dihadiri kira-kira 300 tetamu dari 80 negara dan wilayah.

Para peserta rata-rata memuji tindakan yang diambil China untuk memelihara ketenteraman sosial di Xinjiang.

Presiden Suruhanjaya Hak Asasi Niger yang juga bekas presiden negara itu, Halid Ikhiri menyatakan keganasan merupakan musuh bersama seluruh umat manusia. 

Niger, sebuah negara di kawasan Sahara, telah mengalami kesengsaraan teruk. Keganasan mengehadkan pembangunan negara-negara yang paling mundur di dunia. 

Beliau menyifatkan Xinjiang sebagai medan perang utama dalam perjuangan menghapuskan keganasan di China. Maka, tindakan yang diambil kerajaan China di Xinjiang adalah mustahak.

覃淼