Sidang Kerja Ekonomi Pusat di Beijing

2019-12-13 14:27:09  CRI
Share with:

Persidangan kerja ekonomi pusat diadakan di Beijing pada 10 hingga 12 Disember.

Presiden Xi Jinping hadir menyampaikan ucaptama.

Persidangan tersebut merupakan sidang ekonomi rutin paling tinggi anjuran Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Dewan Negara, dianggap mata angin paling berwibawa untuk menilai dasar ekonomi makro China bagi sepanjang tahun.

Pada masa ini, trend kestabilan dan pertumbuhan jangka panjang ekonomi China kekal tidak berubah.

Pada 2019, China mengekalkan pertumbuhan sosioekonomi yang mampan dan sihat, mencapai hasil yang memberangsangkan dalam pembasmian kemiskinan bersasaran tepat. Antara pencapaian lain, China telah mencegah dan mengawal risiko kewangan secara efektif, menambah baik kualiti persekitaran ekologi dan memperkenalkan langkah-langkah penting untuk memperhebat pembaharuan dan keterbukaan.

Dalam pada itu, penunjuk utama pelan pembangunan lima tahun ke-13 selaras dengan jangkaan, manakala kemajuan signifikan dilihat dalam usaha membangunkan masyarakat kaya secara menyeluruh.

Pada tahun depan, China akan terus memperincikan keterbukaan melibatkan bidang lebih meluas dan tahap lebih intensif.

Penggalakan dan perlindungan pelaburan asing akan ditingkatkan sejajar usaha mengurangkan senarai negatif akses pasaran, merangsang perkembangan stabil perdagangan luar, membaiki sistem dasar dan perkhidmatan pelaburan bagi Inisiatif Jalur dan Laluan, di samping mempercepat rundingan perdagangan bebas dua dan pelbagai hala.

胡星