Perlu Lawan Unilateralisme, Amalan Perlindungan

2019-12-13 14:30:33  CRI
Share with:

Mekanisme penyelesaian sengketa Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) lumpuh ekoran kekurangan hakim, selepas proses pemilihan hakim baharu di Badan Rayuan dihalang oleh Amerika Syarikat (AS).

Keadaan ini telah disifatkan sebagai satu pukulan paling hebat kepada sistem perdagangan multilateral.

AS mampu membawa kerosakan teruk kepada operasi WTO jika negara itu berniat untuk berbuat demikian, membuktikan WTO sebenarnya sebahagian sistem multilateral yang dibina AS untuk melindungi kepentingan sendiri.

Mekanisme semasa WTO mempunyai kelemahan ketara, sistem perdagangan multilateral amat rapuh, manakala peraturan tadbir urus sedia ada perlu diubah suai dan dibaiki.

China teguh menjunjung perdagangan bebas dan sistem multilateral berasaskan undang-undang, dan menyokong pembaharuan yang perlu terhadap institusi WTO. Bagaimanapun, nilai teras dan prinsip asas iaitu keterbukaan, keinklusifan dan tanpa diskriminasi harus ditegakkan sambil menjamin kepentingan pembangunan negara membangun.

Tugas yang paling mendesak bagi WTO adalah untuk memulakan proses pemilihan hakim dengan secepat mungkin bagi mengisi kekosongan di Badan Rayuan.

胡星