China Usaha Galak Tindakan Sehala

2019-12-13 14:24:26  CRI
Share with:

Sesi ke-25 persidangan pihak pemeterai Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) yang berlangsung di Madrid, kini sampai ke penghujungnya.

Ketua delegasi China, Zhao Yingmin menyatakan China akan terus mengamalkan sikap yang positif dan membina, dan berusaha mendorong semua pihak terlibat untuk bertindak sehala.

Disebabkan wujudnya kekurangan dorongan politik dalam kalangan negara maju untuk membantu negara membangun, proses rundingan telah menemui jalan buntu.

Zhao Yingmin menjelaskan pendirian China, iaitu Fasal 6 Persetujuan Paris haruslah seimbang, adil dan inklusif bagi memastikan keprihatian semua pihak diberi perhatian.

China menganggap tuntutan munasabah negara-negara membangun terutamanya yang berkaitan dengan pembiayaan perlu diselesaikan.

Selain itu, keutuhan alam sekitar perlu dihormati dan kiraan dua kali patut dielakkan. Untuk itu, perlunya satu standard dan kaedah yang dapat dipersetujui bersama untuk membolehkan mekanisme pembangunan hijau Protokol Kyoto dilaksanakan di bawah Persetujuan Paris.

胡星