Latihan Antikeganasan Siber SCO

2019-12-13 14:53:46  CRI
Share with:

Latihan antikeganasan siber ke-3 Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) diadakan di Xiamen, provinsi Fujian semalam, dengan melibatkan wakil dari lapan negara anggota.

Para peserta memuji hasil latihan, yang dianggap platform penting bagi memperkukuh rasa saling percaya, perkongsian maklumat dan penyelarasan tindakan. 

Ketua Komander merangkap pengarah Jawatankuasa Eksekutif Antikeganasan SCO, Dzhumakhon Giyosov berkata latihan kali ini menguji undang-undang dan peraturan, aliran kerja, kaedah teknikal dan penguatkuasaan undang-undang pelbagai anggota dalam bidang tersebut.

Keupayaan melawan kumpulan keganasan serantau secara terselaras amat signifikan bagi menghadapi cabaran-cabaran keselamatan baharu pada masa ini.

徐国玮