AS Rancang Lama Undur INF

2019-12-14 16:34:09  CRI
Share with:

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu mengesahkan bahawa pihaknya telalh melancarkan sebuah peluru berpandu balistik darat. Ini kali kedua AS menjalankan pelancaran yang dilarang oleh Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF) pada tahun ini, selepas negara itu berundur dari perjanjian itu. 

Mengulas hal itu, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan, AS telah merancang lama pengundurannya dari INF. Niat sebenarnya adalah untuk melancarkan peluru berpandu maju dan mencari kelebihan ketenteraannya melalui "membebaskan tangan sendiri."

Hua berkata, "pelanggaran perjanjian oleh Rusia" dan "ancaman peluru berpandu dari China" hanyalah lakonan AS untuk menipu masyarakat antarabangsa. 

China menggesa AS menyingkirkan mentaliti Perang Dingin dan permainan campur-tolak yang ketinggalan zaman, menyumbang kepada keseimbangan dan kestabilan strategi global, serta kedamaian dan keamanan dunia.

徐国玮