China Mampu Tangani Risiko

2019-12-14 14:16:28  CRI
Share with:

Sidang kerja ekonomi pusat China yang berlangsung selama tiga hari berakhir Khamis lalu. Menurut sidang itu, trend ekonomi China ke arah lebih baik dan stabil untuk jangka masa panjang tidak berubah.

Tahun depan ialah tahun akhir bagi wawasan pembinaan masyarakat kaya secara menyeluruh dan Rancangan Lima Tahun ke-13. Matlamat pembasmian kemiskinan diberikan tumpuan perhatian orang ramai. China akan berusaha membasmi kemiskinan di kawasan paling mundur, di samping memperkukuh hasil yang sedia tercapai.

China akan terus memperhebat keterbukaan dan berkongsi hasil pembangunan dengan pelbagai negara di dunia.

覃淼