China-AS Capai Perjanjian Ekonomi dan Perdagangan Fasa Pertama

2019-12-14 14:15:54  CRI
Share with:

China dan AS telah mencapai persetujuan tentang teks perjanjian ekonomi dan perdagangan fasa pertama.

Teks itu terdiri daripada sembilan bahagian iaitu prakata, harta intelek, pemindahan teknologi, makanan dan produk pertanian, perkhidmatan kewangan, kadar tukaran dan ketelusan, peningkatan perdagangan, penilaian dua hala dan penyelesaian pertikaian, serta syarat-syarat muktamad. Dalam pada itu, AS akan menarik balik tarif tambahan terhadap produk China secara berperingkat.

Perjanjian ini bermanfaat kepada peningkatan kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara, mengawal dan menyelesaikan pertikaian ekonomi dan perdagangan, serta menggalakkan perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara secara mapan, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan keyakinan dan jangkaan pasaran bagi menyediakan iklim yang baik bagi pelaburan dan perdagangan yang normal.

覃淼