Kaum Petani AS Sambut Baik Perjanjian China-AS

2019-12-14 16:00:59  CRI
Share with:

Ekoran China dan Amerika Syarikat (AS) mencapai persetujuan tentang teks perjanjian ekonomi dan perdagangan fasa pertama, pelbagai persatuan pertanian dan golongan petani dari AS segera menyatakan alu-aluan terhadap perjanjian tersebut. 

Persatuan Kacang Soya Iowa dan Persatuan Penanam Bijirin Montana berharap perjanjian tersebut dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin dan hubungan ekonomi dan perdagangan antara AS dengan China boleh kembali ke landasan yang sihat dan stabil. Ini bermanfaat bukan sahaja bagi kedua-dua negara, malah seluruh dunia.

Iowa disebut sebagai "gudang bahan makanan" di AS kerana kaya dengan penghasilan kacang soya dan jagung. Sektor pertanian negeri itu mengalami tempias teruk kerana persegeran perdagangan antara AS dengan China yang berlarutan selama lebih setahun. 

Pengerusi Persatuan Kacang Soya negeri itu memberitahu wartawan, "saya amat gembira apabila mendengar berita tentang tercapainya perjanjian antara AS dengan China. Kami telah mengalami kerugian pada beberapa tahun lalu. Diharap perjanjian ini dapat dilaksanakan dengan segera dan membolehkan hasil pertanian dijual beli dengan lancar antara kedua-dua negara."
 

徐国玮