Mahkamah Tertinggi akan Kendali Kes Rayuan Trump

2019-12-15 15:12:33  CRI
Share with:

Mahkamah Tertinggi Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan mengendalikan tiga kes rayuan yang dikemukakan oleh Presiden Donald Trump dan membuat keputusan tentang sama ada kumpulan penyiasat boleh memperoleh rekod kewangannya.

Mahkamah tertinggi negara itu mengumumkan, hakim-hakim besar akan membicarakan kes-kes rayuan tersebut pada Mac tahun depan.

Menurut ulasan media tempatan, keputusan kes berkenaan mungkin akan dibuat pada Jun tahun depan.

Sekarang, dua suruhanjaya di bawah Dewan Perwakilan AS dan pejabat pendakwa raya Manhattan, New York masing-masing sedang menjalankan penyiasatan terhadap Trump dan cuba memperoleh rekod kewangan presiden itu bagi beberapa tahun lalu.

胡星