Mesyuarat Menteri Kesihatan China, Jepun, Korea Selatan di Seoul

2019-12-15 14:28:04  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri-menteri Kesihatan China, Jepun dan Korea Selatan ke-12 diadakan di Seoul semalam. 

Pengerusi Suruhanjaya Kesihatan Negara China, Ma Xiaowei, Menteri Buruh Jepun, Katsunobu Kato dan Menteri Kesihatan dan Kebajikan Korea Selatan, Park Neung-hoo bersama-sama 50 wakil dari badan kesihatan ketiga-tiga negara tersebut serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyertai mesyuarat kali ini.

Para peserta mengadakan pertukaran tentang pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit baharu dan berulang, penjagaan kesihatan rakyat dengan menggunakan teknologi maklumat serta usaha menghadapi cabaran masyarakat warga tua. Ketiga-tiga menteri turut menandatangani beberapa dokumen kerjasama dalam bidang kesihatan.

Ma Xiaowei berkata, kerjasama antara ketiga-tiga negara ini dalam bidang kesihatan amat kukuh dalam tempoh lebih 10 tahun yang lalu. Kerjasama ini mempunyai prospek yang cerah.

徐国玮