China Gantung Sebahagian Tarif Tambahan

2019-12-15 14:47:56  CRI
Share with:

Jawatankusa Tarif Dewan Negara China memutuskan untuk menggantung tarif tambahan sebanyak 10% dan 5% terhadap sebahagian produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan bermula pada hari ini. Penggantungan tarif tambahan terhadap kereta dan komponen yang diimport dari AS akan diteruskan. 

Selain itu, tarif tambahan terhadap produk lain yang diimport dari AS dikekalkan. 

Keputusan tersebut akibat pencapaian perjanjian ekonomi dan perdagangan fasa pertama antara kedua-dua negara dan dibuat berdasarkan undang-undang dan akta China dan prinsip asas Undang-Undang Antarabangsa.

China bersedia berusaha bersama-sama dengan AS mendorong perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan antara satu sama lain berdasarkan prinsip sama rata dan saling hormat.

徐国玮