Sistem Beidou akan Siap 2020

2019-12-15 15:07:49  CRI
Share with:

Persidangan Ke-14 Suruhanjaya Antarabangsa Sistem Pemanduan Arah Satelit Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menutup tirainya di Bangalore, India kelmarin.

Delegasi China yang aktif menyertai kerjasama antarabangsa telah mencapai hasil yang cemerlang. Sistem pemanduan arah satelit Beidou-3 yang bakal siap dibina pada bulan Jun tahun depan akan menawarkan perkhidmatan yang lebih lengkap kepada pengguna dari seluruh dunia.

Naib Pengarah Jabatan Ruang Angkasa dan Teknologi Canggih Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), David A. Turner berpendapat, sistem GPS negara itu dapat mengadakan kerjasama lebih mendalam dengna sistem Beidou China. Selain itu, penyelidik ruang angkasa khususnya dalam bidang pemanduan arah satelit kedua-dua negara dapat mengadakan perbincangan tentang pengoptimuman dan keserasian kedua-dua sistem tersebut melalui persidangan kali ini.

Ketua Pengarah Pejabat Sistem Pemanduan Arah Satelit China, Ran Chengqi memberitahu wartawan, sistem Beidou yang aktif menyertai kerjasama antarabangsa bukan sahaja menyediakan resolusi China kepada seluruh umat manusia, tetapi juga menyumbang kepada peningkatan imej negara China di arena antarabangsa.

胡星