Parti Vatan Turki: Campur Tangan AS Pasti Gagal

2019-12-22 14:02:26  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_133ce277-256c-4cef-b96f-3382a49283ab

Amerika Syarikat (AS) campur tangan dalam isu Hong Kong dan hal ehwal dalaman China dengan alasan "hak asasi manusia" dan "demokrasi" mendedahkan niat jahat sebahagian politikus AS untuk menghalang pembangunan China. Niat jahat ini pasti akan gagal.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Parti Vatan Turki, Dogu Perincek. Menurut beliau, fitnah terhadap China merupakan taktik propaganda yang kerap kali digunakan oleh AS, dan Turki juga kerap kali menjadi sasaran AS.

Menurut beliau, Hong Kong merupakan sebahagian China, dan segala yang berlaku di sana urusan dalaman China. AS menyokong kumpulan pemisah di negara lain, memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas. AS pasti akan menghadapi kegagalan.

Sempena ulang tahun ke-20 Makau kembali ke pangkuan tanah air China, Dogu Perincek menyampaikan mogaan baik kepada rakyat China. 

Beliau berpendapat bahawa pencapaian pembangunan Makau amat cemerlang dalam 20 tahun lalu dan telah menjadi teladan bagi pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem". Dasar ini disifatkan sebagai "garis bawah" bagi menangani isu Hong Kong dan Makau.

张弘