Pelaburan Pembinaan Kemboja Meningkat

2019-12-26 14:39:14  CRI
Share with:


Jumlah pelaburan yang diperuntukkan dalam projek-projek pembinaan baharu di Kemboja pada tahun ini mencatat lebih USD9.3 bilion (RM38.5 bilion), meningkat kira-kira 80% berbanding tahun lalu. 

Laporan tahunan yang diumumkan Kementerian Perancangan Tanah dan Pembinaan Kemboja semalam menyebut bahawa, antaranya, sebanyak 13 projek merupakan pembinaan bangunan tinggi yang melebihi 40 tingkat.

张宪