Pertumbuhan Ekonomi 2019 Vietnam Dijangka Melebihi Matlamat

2019-12-28 15:14:37  CRI
Share with:

 

Data statistik diumumkan Jabatan Statistik Vietnam semalam menunjukkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) di Vietnam pada 2019 dijangka meningkat 7.02%, melampaui matlamat yang ditetapkan, iaitu 6.6% hingga 6.8%. Selain itu, jumlah perdagangan import dan eksport Vietnam pada tahun ini pula dijangka mencapai USD 516.96 bilion (RM2.1 trilion), antaranya jumlah eksport meningkat 8.1% dengan mencatat USD 263.45 bilion (RM1.1 trilion), manakala import pula naik 7% dengan mencecah USD 253.51 bilion (RM972 bilion).

张宪