Produk Halal Brunei Masuk Pasaran Jepun

2019-12-30 13:15:23  CRI
Share with:

Produk makanan halal keluaran Brunei akan memasuki pasaran Jepun, dan dibekalkan untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo.

Seorang pegawai urusan Brunei di Institut Penyelidikan Ekonomi bagi ASEAN dan Asia Timur (ERIA) menyatakan, tinjauan pihaknya pada 2016 mendapati produk makanan halal keluaran Brunei mempunyai reputasi yang tinggi di dunia.

Dimaklumkan, empat syarikat Jepun telah melawat Brunei dan menunjukkan hasrat untuk berurus niaga dengan pengeluar produk daging halal.

覃淼