Xi Berucap pada Jamuan CPPCC

2020-01-01 15:44:42  CRI
Share with:

 图片默认标题_fororder_政协1

Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) mengadakan majlis jamuan tahun baharu di Beijing semalam.

Presiden Xi Jinping yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menyerikan majlis dengan kehadirannya.

 

图片默认标题_fororder_政协2

 

Beliau dalam ucapannya menyatakan, pembinaan masyarakat kaya secara menyeluruh merupakan impian yang diperjuangkan nusa dan bangsa China.

Asalkan rakyat bersatu padu di bawah pimpinan PKC, memanfaatkan sepenuhnya kelebihan sosialisme bercirikan China, maju ke hadapan dan berani berjuang, matlamat "seratus tahun" pertama pasti akan menjadi kenyataan.

Beliau menegaskan, 2020 merupakan tahun terakhir untuk menjayakan pembinaan masyarakat kaya secara menyeluruh serta Rancangan Lima Tahun ke-13. Untuk merealisasikan matlamat "seratus tahun" pertama satu misi mulia dan tanggungjawab yang sungguh berat.

China akan melaksanakan konsep pembangunan baharu dengan komprehensif, memperdalam pembaharuan dan keterbukaan, mewujudkan pertumbuhan mampan, menambah baik kesejahteraan rakyat, mencegah risiko dan membasmi kemiskinan, demi pembangunan sosioekonomi yang sihat.

 

 

胡星