Banjir di Indonesia, 16 Maut

2020-01-03 14:10:41  CRI
Share with:

Sebanyak 16 orang dilaporkan maut sementara 35,600 lagi terpaksa berpindah akibat banjir yang melanda Jakarta dan kawasan-kawasan sekitar sejak 31 Disember.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia, Agus Wibowo memaklumkan hujan lebat yang tidak berhenti mengakibatkan air sungai melimpah.

Banyak rumah dan tanah ladang ditenggelami air bah, lalu lintas dan bekalan elektrik terputus, manakala beberapa stesen minyak dan perhentian bas terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Pihak berkuasa sedang membantu memindahkan dan menyelamatkan mereka yang terjejas.

胡星