CMG Tubuh Kumpulan Animasi

2020-01-06 11:13:41  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_d0c8a786c9177f3ed8dd9902dbe639c19e3d5687

Kumpulan Media China (CMG) menubuhkan sebuah kumpulan animasi sebagai sebahagian usaha bagi menaiktarafkan industri animasi dan memperbanyak produk berkualiti untuk kanak-kanak.

图片默认标题_fororder_a686c9177f3e67096c061bf790ee9d3bf8dc5567


Dalam majlis perasmian di Beijing semalam, Presiden CMG, Shen Haixiong menyatakan penubuhan Kumpulan Animasi CCTV tersebut bertujuan menyemarakkan budaya tradisional China dan membentuk "ekosistem" harta intelek yang berpengaruh di pentas global.

Kumpulan Animasi CCTV akan mengutamakan klip video dan filem animasi yang menerapkan semangat dan nilai yang dijunjung rakyat China.

张弘