Korban Runtuhan di Kemboja, 36

2020-01-06 12:56:59  CRI
Share with:
Angka korban tragedi bangunan runtuh  di wilayah Kep, Kemboja meningkat kepada 36, manakala jumlah yang cedera 23.

Seorang jurucakap kerajaan tempatan memaklumkan, sebaik kejadian berlaku, Perdana Menteri Hun Sen telah berkejar ke tempat kejadian untuk mengarahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut Hun Sen, kerajaan akan  menaikkan jumlah pampasan bagi setiap mangsa yang cedera daripada USD10 ribu kepada USD20 ribu. Keluarga setiap mangsa yang terkorban pula akan menerima USD50 ribu.

Pemilik bangunan telah pun ditahan untuk siasatan.

Pada kira-kira pukul 4 petang 3 Januari, sebuah bangunan hotel tujuh tingkat yang sedang dalam pembinaan tiba-tiba runtuh di tepi pantai Kep.

Ratusan askar dan pembina dikerah untuk operasi SAR yang berlanjutan lebih 40 jam.
 
00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张弘