China, Laos Mahu Perkasa Kerjasama

2020-01-07 14:26:41  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125428300_15783185494611n

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith di Beijing semalam.

Xi menyatakan kesediaan pihak China bekerjasama dengan Laos untuk menggalakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama negara serta penyelarasan strategi pembangunan.

China mahu bersama-sama Laos mempercepat pembinaan koridor ekonomi dan projek mega lain seperti landasan kereta api, di samping memperkasakan interaksi sosiobudaya serta koordinasi dalam urusan antarabangsa dan serantau ke arah melonjakkan perkongsian strategik komprehensif. 

Thongloun pula berkata, Laos wajar menimba usaha China untuk memodenkan sistem dan kemampuan tadbir urus negara. Pihaknya komited terhadap projek kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), yang akan sekali gus menjana ekonomi dan menambah baik kesejahteraan rakyat Laos.  
张哲