CCI China Terus Naik

2020-01-09 11:10:01  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_2_1_2_1_1_a8aa3d08-1479-4749-8d42-7f76c1c96143

Indeks Keyakinan Pengguna (CCI) Tanah Besar China mencatat 103.1 pada suku keempat tahun lepas, naik 2.5 berbanding suku ketiga dan meningkat 3.7  mata berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Naib dekan fakulti statistik Universiti Ekonomi dan Perniagaan Ibu Kota (CUEB), Ren Tao menyatakan ekonomi Tanah Besar kekal beroperasi pada julat munasabah pada suku keempat 2019. Transformasi terus dilihat dalam penjana pertumbuhan, menampakkan trend perkembangan yang stabil.

CCI dinilai antara 0 hingga 200. Apabila melebihi 100, keyakinan  pengguna dikategorikan sebagai positif, manakala skor di bawah 100 negatif. Skor 100 pula menandakan pengguna bersikap neutral.

张弘