Lawatan Xi Signifikan bagi Ikatan China, Myanmar

2020-01-11 13:58:54  CRI
Share with:
Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Myanmar pada 17 hingga 18 Januari atas undangan rakan sejawatnya, Win Myint.

Lawatan tersebut dianggap signifikan bagi perkembangan hubungan antara kedua-dua negara.

Naib Menteri Luar China, Luo Zhaohui dalam sidang media semalam berkata, lawatan itu akan membuka lembaran baharu jalinan kerjasama khususnya dalam menggalakkan kesalinghubungan dan pembinaan koridor ekonomi China-Myanmar, sekali gus membawa hubungan dua hala ke satu tahap yang lebih tinggi.

Beliau turut memperkenalkan tiga agenda utama dalam lawatan tersebut iaitu menggariskan cetak biru perkembangan hubungan untuk masa akan datang; mempertingkat kerjasama berkualiti dalam rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI); memperluas interaksi sosiobudaya melalui penganjuran Tahun Kebudayaan dan Pelancongan China-Myanmar.  

 
张哲