BRI Rancak Kerjasama E-Dagang

2020-01-12 17:08:47  CRI
Share with:

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) turut merancakkan kerjasama e-dagang antara China dan Myanmar.

JuuJuu, pengurus sebuah syarikat jualan runcit dalam talian Myanmar dalam temu bual bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG) berkata, pihaknya menjual banyak barangan dari China dalam talian termasuk pakaian, kosmetik dan barang kegunaan harian.

Beliau menyatakan pengalaman China perlu ditimba bagi memajukan sektor e-dagang di Myanmar yang dianggap sangat berpotensi, namun infratrukturnya kini mundur.

Tambah beliau, wadah dalam talian dan sumber pembekalan barangan merupakan dua faktor utama bagi memastikan daya saing sesebuah syarikat e-dagang. Dalam pada itu, China antara negara yang industri pembuatan paling sempurna dan produk buatan China dijangka mempunyai prospek yang amat cerah di pasaran antarabangsa dalam jangka panjang, khususnya di pasaran Asia Selatan dan Asia Tenggara.

张哲