Kerjasama China, Afrika Corakkan Dunia Baharu

2020-01-14 13:31:56  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi sedang melawat lima negara di Afrika iaitu Mesir, Djibouti, Eritrea, Burundi dan Zimbabwe. Benua itu dipilih sebagai destinasi lawatan pertama menteri luar China untuk 30 tahun berturut-turut.

Tahun ini genap 20 tahun sejak penubuhan Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), juga ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China dengan Ghana dan Mali. Dalam konteks ini, lawatan Wang Yi itu bagi menggalakkan pelaksanaan konsensus antara pemimpin, hasil Sidang Kemuncak FOCAC di Beijing, serta pembangunan bersama Jalur dan Laluan.

Wang menegaskan, China komited tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, dan menghulurkan bantuan tanpa disertakan sebarang prasyarat politik. Sebaliknya, China mendengar suara hati, menghormati hasrat dan memenuhi keperluan Afrika. Pegawai Afrika turut menyuarakan hasrat untuk memperkasakan kerjasama dengan China.

China negara membangun terbesar di dunia, sedangkan Afrika benua yang mempunyai paling banyak negara membangun. Kerjasama kedua-dua pihak pasti kondusif kepada pembangunan dan kestabilan dunia, tatkala bangkitnya unilateralisme, politik kuasa dan mentaliti Perang Dingin dewasa ini.

Ini berasaskan ikatan istimewa yang diwarisi generasi demi generasi yang telah bersama-sama mengharungi susah senang, juga berdasarkan keperluan praktikal untuk memperdalam kerjasama dan merealisasikan pembangunan bersama, serta misi penting untuk memperhebat sinergi antarabangsa dan melindungi kepentingan bersama.

高蕾