China, Malaysia Terus Teroka Taman Industri

2020-01-14 11:09:33  CRI
Share with:



China dan Malaysia sedang meneroka pembangunan zon rintis perdagangan bebas transnasional berkonsepkan "dua negara, dua taman industri", bagi mewujudkan rantai industri dan perkhidmatan rentas sempadan.

Perkembangan ini dimaklumkan oleh naib ketua eksekutif Jawatankuasa Pengurusan Taman Industri Qinzhou China-Malaysia, Gao Pu di Nanning, Guangxi kelmarin. 

Katanya, konsep "dua negara, dua taman industri” iaitu taman berkembar yang masing-masing ditubuhkan di Qinzhou dan Kuantan telah membentuk mod baharu kerjasama industri dalam rangka Jalur dan Laluan. 

Kedua-dua taman tersebut akan dikembangkan menjadi projek ikon kerjasama pelaburan China dan Malaysia, juga teladan bagi kerjasama China dan ASEAN. 

Kini, Taman Industri Qinzhou telah membentuk kluster industri melibatkan minyak sawit, sarang walet, makanan halal, bioperubatan, elektronik canggih dan tenaga baharu. Taman Industri Kuantan pula mengusahakan besi dan keluli, tayar, kaca serta alat aluminum.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张宪