Import Eksport Perdagangan Kargo China Cecah RMB31 Trilion

2020-01-14 15:18:17  CRI
Share with:


Menurut data diumumkan Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) pagi tadi, nilai import dan eksport perdagangan kargo China pada 2019 telah meningkat 3.4% berbanding 2018, dengan mencatat RMB31.54 trilion (RM18.6 trilion). Antaranya, import telah meningkat 5% , dengan mencecah RMB17.23 trilion (RM10.2 trilion), manakala eksport pula naik 1.6% dengan mencapai RMB14.31 trilion (RM8.5 trilion). Sehubungan dengan itu, lebihan perdagangan melonjak 25.4% dengan mencecah RMB 2.92 trilion (RM1.7 trilion). Selain itu, data berkenaan menunjukkan ASEAN menjadi rakan dagang kedua terbesar bagi China, sedangkan syarikat swasta buat kali pertama mendahului syarikat pelaburan asing sehingga menjadi entiti perdagangan luar yang terbesar bagi China.

张宪