Dakwaan Kubur Musnah, Bohong Belaka

2020-01-14 11:53:03  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1316095469

Media Barat, CNN baru-baru ini mendakwa bahawa beratus-ratus kubur penduduk etnik Uygur telah dimusnahkan kerajaan tempatan, sebagai cara untuk menghapuskan identiti budaya etnik berkenaan.


Laporan CNN itu berdasarkan wawancara bersama Aziz Isa Elkun, seorang penyair Uygur yang kini tinggal di London, yang kononnya tidak dapat mencari tempat persemadian ayahnya.

Namun, di rumah Aziz yang terletak di kaunti Xayar, Xinjiang, ibunya Hepizem Nizamidin membawa wartawan CGTN ke makam ayah Aziz dan menceritakan perkara yang berbeza sama sekali.

图片默认标题_fororder_1938655972

(tapak kubur lama)


Katanya, penduduk Uygur yang tinggal di kampung biasanya akan mengebumikan orang yang telah meninggal dunia, sama seperti ayah Aziz. Namun kubur mereka sering dirosakkan angin dan hujan malah haiwan liar, dan perlu selalu dibaiki. 

Setelah mendapat aduan daripada penduduk kampung, pihak berkuasa tempatan membuka tanah perkuburan baharu di tepi makam lama mengikut hasil tinjauan pendapat umum selama lebih 10 tahun bermula tahun 2000. 

图片默认标题_fororder_314185638


Hepizam telah memindahkan kubur suaminya ke tapak baharu pada hujung 2018, yang jaraknya tidak sampai seratus meter dari tempat lama. 

Katanya, mereka memindahkan kubur secara sukarela. Tapak baharu dibina dengan batu bata, yang tidak terjejas oleh angin, hujan atau cuaca.

图片默认标题_fororder_857485376

 

曹捷