Xi: Perhebat Usaha Antirasuah Sektor Kewangan

2020-01-14 16:26:05  CRI
Share with:

China akan mengintensifkan usaha antirasuah dalam bidang kewangan, memperhebat antirasuah yang melibatkan syarikat-syarikat milik negara, meningkatkan pengawalan terhadap sumber dan aset negara, dan menyiasat masalah rasuah yang tersembunyi dalam risiko hutang tempatan.

Presiden China, Xi Jinping berujar demikian dalam sidang pleno tahunan Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat di Beijing semalam.

Xi menambah, perlu menyiasat perlakuan institusi perubatan yang bersubahat dengan luar untuk menipu pampasan insurans di samping membina dan memperkukuh sistem pengawasan yang kekal berkesan. Sistem pengawalan terhadap aset negara di luar negara perlu disempurnakan, pemantauan dan pemeriksaan terhadap pegawai kanan di pelbagai peringkat termasuk penyempurnaan sistem penghindaran pelantikan anggota keluarga semasa tempoh perkhidmatan dan sistem audit selepas tempoh perkhidmatan, perlu diperketat. 

曹捷