Konsulat Diselar kerana Minta Bantuan Polis

2020-01-15 14:20:24  CRI
Share with:

Pejabat Konsul Britain di Hong Kong mengesahkan pihaknya yang memanggil polis untuk menahan remaja perempuan berusia 15 tahun di luar kawasan konsulat baru-baru ini.

Kenyataan pihak konsulat turut disiarkan lawan sesawang yang menyokong pemprotes, Akhbar Hong Kong Free Press (HKFP) malam semalam.


Sebelum ini, walaupun polis Hong Kong menegaskan penahanan itu dibuat atas permintaan konsulat, akhbar The Times tetap memetik kenyataan politikus Britain yang mendakwa polis telah menyerbu masuk untuk menahan pemprotes.

Perkembangan terbaru ini menconteng arang ke muka Konsulat Britain yang sudah pun kehilangan integriti profesionalnya, malah menimbulkan kemarahan pemprotes yang mendakwa konsulat tersebut telah "mengkhianati" mereka.

高蕾