2.58 Juta Rumah Tahan Gempa di Xinjiang

2020-01-15 13:33:12  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_603c2472-e5a1-4e8b-b53c-75d73c089ef5


Wilayah Xinjiang, China terletak di zon seismos Eurasia, yang menyaksikan gempa berukuran lebih 6 pada skala Richter berlaku sekali setahun pada puratanya, manakala gegaran bermagnitud lebih 5 dilaporkan kira-kira lima kali setahun.

Sehubungan itu, kerajaan tempatan telah melancarkan projek rumah selamat di kawasan kampung. Setakat hujung bulan lalu, sebanyak 2.58 juta unit rumah tahan gempa sedia untuk dihuni penduduk desa.

Pegawai Biro Gempa Bumi Xinjiang, Zhang Yong memaklumkan, kediaman yang dibina di kawasan projek rumah selamat mampu menahan gegaran yang magnitudnya melebihi 5.

Menurut rancangan, kerajaan Xinjiang akan memperluas projek tersebut hingga meliputi seluruh wilayah menjelang 2020.

曹捷