Iran Alu-alu Selamatkan JCPOA

2020-01-15 13:46:12  CRI
Share with:

Iran mengalu-alukan sebarang langkah konstruktif untuk menyelamatkan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) mengenai isu nuklearnya.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Sayyed Abbas Al Mousavi dalam satu kenyataan semalam menyatakan jika Britain, Perancis dan Jerman selaku pemeterai melanggar perjanjian berkenaan, mempunyai niat yang kurang baik atau bertindak secara tidak konstruktif, Iran akan mengambil langkah balas yang keras. 

Pada hari yang sama, menteri luar tiga negara terbabit menggesa Iran mematuhi komitmen yang dibuat dalam JCPOA. Jika tidak, langkah akan diambil mengikut perjanjian berkenaan, khususnya menggerakkan mekanisme penyelesaian sengketa yang diperuntukkan.

 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
曹捷