"China:Time of Xi" Disiarkan di Myanmar

2020-01-17 13:34:13  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_fdc1d86b-a987-4f00-be87-34a879f97811

Majlis pelancaran dokumentari "China: Time of Xi" versi bahasa Myanmar diadakan di Yangon semalam, menjelang lawatan rasmi Presiden Xi Jinping ke Myanmar.

Majlis itu dianjurkan bersama oleh Pejabat Penerangan Dewan Negara China, Kedutaan Besar China di Myanmar dan Kementerian Publisiti Myanmar.   

Dokumentari terbitan Intercontinental Communication Center (CICC) bersama Discovery Channel itu terdiri daripada tiga episod, menjelaskan amalan dan pencapaian Xi Jinping dalam pentadbiran negara melalui cerita-cerita menarik. 

Sebelum ini, dokumentari berkenaan sudah disiarkan menerusi pelbagai media antarabangsa termasuk saluran Discovery Channel sendiri. 

Dokumentari itu dijadualkan ditayangkan di Myanmar pada waktu perdana bermula 16 hingga 18 Januari melalui Skynet TV, kemudian disiarkan di platform media utama lain termasuk televisyen negara.

曹捷