PBB: Ekonomi Dunia Tumbuh 2.5% 2020

2020-01-18 14:42:31  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_16fad4b5-f917-4d45-b4f7-22242a8b71c1

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan laporan Situasi dan Prospek Ekonomi Dunia 2020 kelmarin yang menyatakan, kadar pertumbuhan ekonomi global pada 2020 dijangka dapat mencapai 2.5% jika pelbagai risiko dapat dikawal dengan berkesan. Timbalan Setiausaha Agung PBB, Liu Zhenmin mengatakan bahawa institusi-institusi antarabangsa penuh yakin terhadap prospek pembangunan ekonomi China.


Menurut laporan tersebut, pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun 2019 menurun kepada 2.3%, yang paling rendah dalam sedekad lalu berikutan kesan negatif daripada kemelut perdagangan. 

Laporan itu menunjukkan, walaupun menghadapi banyak halangan, Asia Timur tetap merupakan kawasan yang ekonominya berkembang paling pesat di dunia dan juga penyumbang terbesar kepada pertumbuhan global. Dengan sokongan dasar monetari dan kewangan yang lebih longgar, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dijangka akan mencatat 6.0% dan 5.9% pada tahun 2020 dan 2021.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_892d13a8-fcc5-4609-9d4d-97be3dc19297

曹捷