Tiga Penggerak Persahabatan "Paukphaw" pada Era Baharu

2020-01-19 14:08:51  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Myanmar, U Win Myint di Naypyidaw kelmarin menyatakan bahawa beliau berharap lawatannya kali ini dapat mengeluarkan mesej melibatkan tiga bidang.

Pertama, kerajaan dan rakyat China dengan teguh menyokong kerajaan dan rakyat Myanmar membangunkan negara mengikut jalan yang sesuai dengan situasi negara sendiri dan terus merancakkan pembangunan negara.

Kedua, perkongsian strategik komprehensif China-Myanmar mempunyai asas yang kukuh, oleh itu, pembentukan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara akan menyuntik kedinamikan baharu kepada hubungan bilateral.

Ketiga, China bersedia mendorong kerjasama pragmatik dan mempercepat penyelarasan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi pembangunan Myanmar, supaya rakyat boleh mendapat manfaat daripada hasil kerjasama tersebut.

Kenyataan Presiden Xi tersebut mencerminkan sokongan teguh China terhadap pembangunan Myanmar dan menyuntik kedinamikan dan konotasi baharu bagi persahabatan “Pauk-phaw” pada era baharu.

高蕾