Xi Bertemu Panglima Agung Tentera Pertahanan Myanmar

2020-01-19 14:10:07  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_zsl


China dan Myanmar akan bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan di kawasan sempadan, supaya mencipta persekitaran baik bagi pembangunan ekonomi di kawasan tersebut.

Demikian saranan Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu dengan Panglima Agung Tentera Pertahanan Myanmar, Min Aung Hlaing di Naypyidaw semalam.

Xi menegaskan, China mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain dan menghormati jalan pembangunan yang dipilih negara dan rakyat sendiri.

Min Aung Hlaing menegaskan bahawa tentera Myanmar memegang prinsip satu China. Beliau menganggap isu berkaitan Hong Kong dan Xinjiang ialah urusan dalaman China dan tidak patut dicampuri oleh negara asing. Pihaknya akan terus memperdalam persahabatan "Pauk-phaw" dan hubungan tentera dengan China, menyokong pembangunan inisiatif "Jalur dan Laluan" (BRI) dan Koridor Ekonomi Myanmar-China, agar menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara.

 

高蕾